Ini dikarenakan si anak yang banyak melakukan ibadah serta amal jariah terhadap Allah
Swt adalah berkat daripada didikan ibu bapanya.
Amal
jariah adalah sebutan bagi amalan yang terus mengalir pahalanya, walaupun orang
yang melakukan amalan tersebut telah meninggal dunia. Amalan tersebut terus
menghasilkan pahala yang terus mengalir kepadanya.
Bersedekah
secara ikhlas kerana Allah swt merupakan salah satu dari contoh amal jariah
|
Hadis
tentang amal jariah yang popular dari Abu Hurairah menerangkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia,
maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan,
iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya"
(HR. Muslim).
Selain
dari ketiga jenis perbuatan di atas, ada lagi beberapa jenis perbuatan yang
tergolong dalam amal jariah.
Dalam
riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya diantara amal
kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya wafat ialah ilmu
pengatahuan yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab
keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina untuk beribadat, rumah yang
dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang
dialirkannya untuk kepentingan orang banyak, dan harta yang disedekahkannya
"(HR. Ibnu Majah).
Di dalam
hadis ini disebut tujuh macam amal yang tergolong amal jariah sebagai berikut:
1.
Menyebarluaskan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, baik melalui pendidikan
formal dan nonformal, seperti perbincangan, ceramah, dakwah, dan sebagainya.
Termasuk dalam kategori ini adalah menulis buku yang berguna dan
mempublikasikannya.
Sesi
ceramah ilmu agama
|
2.
Mendidik anak menjadi anak yang soleh. Anak yang soleh akan selalu berbuat
kebaikan di dunia. Menurut keterangan hadis ini, kebaikan yang dipeibuat oleh
anak soleh pahalanya sampai kepada ibu bapa yang mendidiknya yang telah
meninggal dunia tanpa mengurangkan nilai/pahala yang diterima oleh kanak-kanak
tadi.
3.
Mewariskan mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya
untuk kebaikan diri dan masyarakatnya.
Buku-buku
agama
|
4.
Membangunkan masjid. Hal ini selaras dengan sabda Nabi SAW: "Barangsiapa
yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah
akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga" (HR. al-Bukhari dan
Muslim). Orang yang membina masjid tersebut akan menerima pahala seperti pahala
orang yang beribadah di masjid itu.
Hasil
binaan masjid atau surau
|
5.
Membangunkan rumah atau pondok bagi orang-orang yang bepergian untuk kebaikan.
Setiap orang yang memanfaatkannya, baik untuk berehat sebentar mahupun untuk
bermalam dan kegunaan lain yang bukan untuk maksiat, akan mengalirkan pahala
kepada orang yang membinanya.
Menyediakan
pondok atau wakaf
|
6.
Mengalirkan air secara baik dan bersih ke tampat-tempat orang yang
memerlukannya atau menggali perigi di tempat yang sering dilalui atau didiami
orang ramai. Setelah orang yang mengalirkan air itu wafat dan air itu tetap
mengalir serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan orang yang hidup
maka ia mendapat pahala yang terus mengalir.
Semakin
banyak orang yang memanfaatkannya semakin banyak ia menerima pahala di akhirat.
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum
oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di
hari kiamat" (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).
Menyediakan
sumber mata air atau perigi
|
7.
Menyedekahkan sebahagian harta. Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan
mendatangkan pahala yang berlipat ganda.
Membelanjakan
harta atau bersedekah
|
Seperti
Firman Allah di dalam surat Al-Kahfi ayat 107-108 :
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا * خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا
Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus
menjadi tempat tinggal, * mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin
berpindah dari padanya
Allah
telah berpesan dalam Al-Qur'an dalam surat Al-Qasas ayat 77:
وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
Janganlah
kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang berbuat kerusakan
Sekian Terima
Kasih
0 Response to "Amalan Yang Pahalanya Akan Terus Mengalir"
Post a Comment