Ya
Allah, Engkau lah yang Maha Berkuasa atas segala2nya.
Kami bersyukur kepada Mu
yang telah Memberikan kami Nikmat dan Rahmat
sehingga dapat kami berkumpul pada
hari ini.
Ya
Allah, Engkau terima lah bacaan al-Quran kami, khususnya (surah Yasiin) ini
dan
tahlil kami ini serta Engkau ampunkan lah segala kesalahan dan kelemahan
didalam bacaan kami tadi. Jangan lah Engkau kurangkn pahalanya dari kami.
Ya
Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, samada dosa yang besar atau dosa yang kecil,
samada dosa yang tersembunyi atau yang nyata, samada dosa yang kami sengajakan
atau kerana kejahilan kami. Ya Allah, terimalah taubat kami sebagai taubat
nasuha,
sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.
Ya
Allah, Engkau ampunkanlah dosa Orang Tua kami, dosa pasangan kami,
dosa anak-anak
kami, dosa adik beradik kami, dosa seluruh ahli keluarga kami,
dosa guru-guru
kami serta dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
dengan rahmat Mu ya Allah, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.
لاَ
إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،
اللهُ
اَکْبَر ،اللهُ اَکْبَر ،اللهُ اَکْبَر ،
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ
الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى کُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٍ
Ya Allah, hak milik Engkau adalah segala yang ada di
langit dan di bumi.
Engkau mencipta apa yang Engkau Kehendaki. Engkau
mengurniakan anak-anak perempuan
kepada sesiapa yang Engkau Kehendaki dan
mengurniakan anak-anak lelaki
kepada sesiapa yang Engkau kehendaki.
Sesungguhnya Engkau lah yang
Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa..
Ya Allah, kami bersyukur kepada Mu yang telah mengurniakan
seorang anak
lelaki/perempuan kepada pasangan ini (sebut nama kedua Ibu-Bapak anak-anak).
Ya Allah, Engkau kurniakan lah kepada kedua ibubapa ini
hidayah, petunjuk dan taufik Mu
agar mereka berdua dapat menjalankan amanah
yang Engkau berikan kepada mereka ini
dengan keimanan dan takwa kepada Mu. Ya
Allah, kurniakan lah kepada mereka berdua
kekuatan dan keyakinan untuk mendidik
dan membesarkan anak mereka ini sebagai hamba
yg taat dan patuh kepada
perintah2 Mu. Ya Allah, Engkau bimbing lah mereka berdua
diatas jalan yang
Engkau Ridhai.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُِللهِ
وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَکْبَرُ ،
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ
الْعَظِيْمِ
Ya Allah, Rahmati lah anak kecil ni ( sebutkan nama anak ).
Ya Allah, Sesungguhnya telah Engkau catatkan segala2nya
untuk kehidupannya,
baiknya, buruknya, rezekinya, hidupnya, matinya dan
segala2nya yang
Engkau lebih mengetahuinya. Ya Allah, jika keburukannya lebih
banyak dari kebaikannya,
kami memohon kepada Engkau ya Allah, Maha Suci Tuhan yang ArasyNya terletak di langit,
yang memperlihatkan kekuatanNya di bumi, yang menjalankan segala lautan,
yang
meperlihatkan kekuasaan. dan pemerintahan di api neraka,
yang meperlihatkan
rahmatNya di dalam syurga, yang telah mengangkat tujuh petala langit
dan
menetapkan tujuh petala bumi dengan kudratNya, Maha Suci Allah,
yang tidak ada
tempat untuk bergantung dan tidak ada tempat untuk meminta pertolongan
melainkan kepada Engkau semata-mata, maka Engkau tukarkan lah sapertimana
Engkau menukarkan malam kesiang dan siang ke malam,
segala keburukkan itu
dengan segala kebaikan, segala kesulitan dengan kemudahan,
segala penderitaan
dengan kebahagiaan, segala kegagalan dengan kejayaan,
segala kemudharatan
dengan kesejahteraan dan segala kehinaan dengan pujian.
Ya Allah,
selamatkan anak kecil ini dan Engkau peliharalah hatinya,
matanya, telinganya,
mulutnya tangannya, kakinya dan seluruhnya anggotanya
daripada gangguan
syaitan yang direjam dan bala tenteranya.
Ya Allah,
kurniakanlah lah kepada anak kecil ini iman yang sempurna.
Kesehatan tubuh
badan yang berterusan, dilapangkn rezekinya seluas langit dan bumi.
Memiliki
budi pekerti yang baik dan akhlak terpuji. Menjadi hamba yang sentiasa taat dan
patuh
kepada perintah2 Mu. Menjadi anak yang soleh kepada kedua orangtuanya.
Aamiin
0 Response to "DOA AQIQAH"
Post a Comment